JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
PERBEZAAN SISTEM PILIHAN RAYA DAHULU DAN SEKARANG
PROGRAM: DIPLOMA ELEKTRIK & ELEKTRONIK
SESI: JUN 2018
PERBEZAAN SISTEM PILIHAN RAYA DAHULU DAN SEKARANG
PROGRAM: DIPLOMA ELEKTRIK & ELEKTRONIK
SESI: JUN 2018
AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD SAFWAN BIN MAT NASIR 12DEE18F1011
MUHAMMAD RIDHDANIEL BIN SAIMI 12DEE18F1042
ABDUL WAFIY QAYYUM BIN ABDUL AZIZ 12DEE18F1022
NAMA PENSYARAH: PUAN DARMILA BINTI ALI
NAMA PENSYARAH: PUAN DARMILA BINTI ALI
KELAS: DEE1A
PENGENALAN
Demokrasi Berparlimen ialah perlembagaan persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk mrealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah demokrasi dan adil untuk semua pihak.
PERBEZAAN SISTEM PILIHAN RAYA DAHULU DENGAN SEKARANG
1.SISTEM PILIHAN RAYA SEKARANG
I)CARA PEMILIHAN CALON
- Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga halnya jika seseorang itu mahu menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. - Syarat Kelayakan Menjadi Calon
- Pilihan Raya Dewan Rakyat
- Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan.
- Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun pada hari penamaan calon.
- Pilihan Raya Dewan Rakyat
- Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri
- Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam negeri di mana ia ingin bertanding.
- Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun pada hari penamaan calon.
II)PROSES BERKEMPEN
Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan. Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.
III) PENGIRAAN UNDI
Sebaik saja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiraan kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan ke dalam Borang 14.
Semua Borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramai satu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 Penyata Kertas Undi.
Semua Borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramai satu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 Penyata Kertas Undi.
2. SISTEM PILIHAN RAYA DAHULU
I)PEMILIHAN CALON
· Pilihanraya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali dalam tempoh lima tahun.
· Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
· Pilihanraya Kecil juga diadakan dari tarikh kekosongan, disebabkan kematian,perletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan.
· Tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR.
· Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihanraya oleh SPR kepada Pegawai Pengurus.
· Pada masa yang sama, satu notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada masyarakat
· Calon-calon akan menyerahkan borang-borang penamaan calon untuk bertanding kepada Pegawai Pengurus
· Borang-borang penamaan oleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka.Kebiasaannya borang-borang penamaan calon mestilah dikemukan antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.
· Borang-borang penamaan calon akan ditunjukkan dari jam10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan sebarang bantahan hanya boleh diberitahu pada waktu itu sahaja.
· Jika ada seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding
II) CARA BERKEMPEN
Dalam berkempen calon hendaklah mengikut "Rukun adab pilihan raya" yang mengandungi 11 perkara. Rukun 11 perkara yang dipersetujui itu merupakan panduan untuk diamalkan bagi parti-parti politik dalam Pilihan Raya Umum Ketiga.Antara 11 perkara yang dipersetujui di dalam rukun itu ialah pemimpin-pemimpin parti politik, calon-calon, wakil-wakil calon, penyokong-penyokong, pembantu-pembantu dan pekerja-pekerja parti hendaklah mengamalkan adab yang boleh memberi tauladan. Kecaman-kecaman atas peribadi sesorang calon itu hendaklah setakat kegiatan-kegiatan politiknya sahaja.
Parti politik berkempen
III )PENGIRAAN UNDI
Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di sebuah pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan. Semasa undi dikira, mereka yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi.Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi,keputusan-keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi.
Petugas sedang mengira undi